Wahhh, entri aku nie, nak vogue gitu....sebenarnye tak de nak vogue sangat la, cuma sekarang ni tengah duk terkejar2, semua benda nak siap dalam satu masa, memang xterkejar aku rasa...aku ni bukan pelari pecut 100meter nak kejar semua perkara dalam satu masa, alih aku balik kena kejar dengan semua tu...huhuhuhu
Terkejar apa ye aku nie. Sebenarnye aku tengah pening nak fikir wat essay tuk assignment aku plus dengan test law yang aku kena hafal sampai suku buku tu. Aku ni da la kurang sikit bab2 teori, alih2 kena plak menghafal, nasib la aku ni bukan jurusan lawyer, hafal yang sikit ni pun nak mampus aku rasa, ni kan pula nak hafal semua pasal Act*mcm mana la otak lawyer tu ye..hehehe
Bayangkanlah, semua tu kena hantar ESOK!!!!12 August tu, tapi aku boleh wat selamba je. Bukan buat selamba cuma tak tahu nak wat macam mana lagi, aku memang bukan stail orang yang terkejar2 sebab aku ni memang suka baca last2 minit, sebab masa tu la baru senang nak hafal. Semua kata cara aku ni tak berkesan, sapa suruh korang tiru aku, ikut la diri sendiri, betul tak..hehehehe
Lepas tu bila wat essay, masa last2 minit la baru banyak idea datang, kalau datang la, kalau tak hentam jela labu. Aku ni bila bagi bab menghafal, ada satu benda yang aku tak boleh wat iaitu TIDUR lepas menghafal. katakanlah hafal tengah2 malam, esok pagi lepas bangun tido, jangan harap aku nak ingat balik semua tu, tak tahu la pasal ape, tapi memang tu la yang jadi kat aku, paksa la macam mana pun, tetap tak boleh, so sebab tu aku lebih suka menghafal bila aku da betul2 cukup rest, tapi rasanye sampai bila2 pun xcukup rest aku nie.hahaha
So sekarang aku kena tidur, coz esok nak membesarkan otak aku nie dengan menghafal teori2 law yang rasanye boleh membengkakkan otak aku nie..Selain dari dua benda penting nie, ade satu benda yang kurnag penting menyinggah kat otak aku ni, masalah aku ngn PAKWE aku yang maybe xde harapan lagi kowt. So sekarang tengah menanti saat2 SINGLE seperti sekolah menengah dulu, no pakwe2, STUDY FIRST. IJAZAH di tgn baru boleh cari.*pesanan ibu ku..
ok la, gudnite sume. doakan aku lulus test n essay aku diterima dengan elok ye....aminnnnn!!!!!
thanks for reading this entry....
0 ORANG DOA AKU KURUS...:
Post a Comment