Selama aku di kptm, pada semester 1 aku hanya berkawan dengan budak 1 rumah@hostel, tapi disebabkan berlaku perselisihan faham, maka kami terus berpecah kepada 2,tapi tak lama sebab masuk saja semester 2, kami berbaik semula.
Semasa disemester 2 aku pula lebih kepada kawan-kawan baru, means lain dari budak-budak rumah aku, tapi aku masih belum dapat kawan sekelas yang betul-betul ngam dengan perangai aku, sehinggalah di semester 3, aku dapat seorang kawan yang betul-betul sekepala dengan aku,walhal sebelum nie kami tak pernah rapat pun.
my sweet,chubby n cute frenz... |
Shazleen Shahril@leen, seseorang yang aku rasa sangat memahami perangai aku, aku suka sangat berkawan dengan dia, bayangkan start semester 3 hingga semester 6 kami tak pernah berpisah, kami buddies"dah macam iklan DIGI pula"..hehehe
Leen sangat bersabar dengan perangai aku yang kuat marah, degil, banyak mulut, tapi leen tahan, aku suka walaupun kadang-kadang dia geram juga dengan aku cuma aku tak ambil peduli sangat..hehehe.. Setiap semester pointer kami tak pernah jauh, mesti dekat-dekat sama, dan kami mesti akan duduk bersama di dalam kelas, aku tak boleh duduk dengan orang lain melainkan leen, sebab leen je yang akan sentiasa tolong aku kemaskan barang-barang aku kalau aku terlambat..hehehe
Leen tak buat pinjaman MARA, dia pakai PAMA"papa n mama", so dia tak perlu tunggu hujung bulan untuk dapat duit@cheque, different with me, kne tunggu duit dari MARA. Sekiranya kena bayar duit yang berkaitan dengan pelajaran, selalunya kami akan bergilir-gilir bayar, tapi selalu mesti leen yang banyak tolong, segan juga aku dengan leen, dan leen selalu jadi assistant aku bila aku ditugaskan menjadi class rap dan perlu kutip duit photostat, leen banyak membantu untuk bab-bab tue.
Leen memang penyelamat aku, kadang-kadang aku agak terhutang budi dengan dia, semua masalah aku leen tahu, siapa pakwe aku, kenapa aku putus, aku suka cerita dengan leen sebab dia sangat memahami.
Orang pertama yang aku nak jumpa masa ambil jubah tadi sebenarnya leen la orangnya, aku rindu sangat-sangat dengan dia sebab bila dia tiada, tiada orang yang akan selalu ingatkan aku tentang benda-benda penting, tentang test, tiada orang yang nak marah aku kalau aku degil, banyak mulut. Dapat jumpa leen tadi, sebenarnya aku nak menangis, tapi bila tengok dia senyum, aku gembira sangat-sangat,hilang rasa sedih aku..
Harap sangat leen tak lupakan aku lepas belajar di tempat baru nie, sebab aku rasa belum ada lagi orang yang boleh ganti dia sebagai "mak embong@mak enon" aku, kalau bukan mulut dia yang comel tapi banyak cakap macam aku, tak ada la aku sentiasa nak buli dia@berkawan dengan dia seikhlas hati.
0 ORANG DOA AKU KURUS...:
Post a Comment