scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Monday, November 19, 2012

Last Post 4 Almost 2 week.....

Selepas hari nie, mungkin akan ambil masa lebih 2 minggu untuk update blog ni balik. Lagipun aku sendiri seperti menghilangkan diri dari semua orang. Aku sendiri dah rasa down sangat-sangat, tapi aku tak boleh & takkan sesekali tunjuk semua ni pada kawan-kawan dan family aku, mereka semua tak boleh tahu apa yang aku rasa sekarang.

Terlampau banyak perasaan yang bercampur dalam hati aku sekarang, aku cuba tahankan semuanya, aku kena get ready untuk lalui semua dengan tabah walaupun seorang diri, mungkin dulu aku sudah terbiasa dimanja oleh seseorang bernama lelaki, seriously aku tak pandai nak kongsi masalah dengan perempuan sebenarnya, kebanyakan masalah aku lebih suka kongsi dengan lelaki, sebab pendapat mereka agak bernas dari pendapat perempuan, so bila aku sendiri aku menjadi amat kekok.

Sekarang hanya blog ni menjadi tempat untuk aku meluahkan segala perasaan aku, segala yang aku rasa, tapi tidak semua boleh diluahkan disini, tetap ada sebahagian daripadanya aku terpaksa menanggung seorang diri juga. Sekarang nie aku pasrah dengan semua, walaupun hati ni still tak boleh nak buang rasa sedih tue semua, aku tetap kena anggap seperti tiada apa-apa yang berlaku bila berada di depan family terutama di depan mak, aku taknak mak tahu apa yang berlaku pada aku.

Aku tak mengharap orang mengasihani aku, kesian terhadap aku sebab aku akan rasa diri aku lemah. Semua kawan-kawan kata aku ni happy-go-lucky orangnya, yesss, its true. Kenapa aku nak tunjuk perasaan sedih aku dihadapan semua orang, perangai aku akan berubah sekaligus bila aku berada dengan kawan-kawan dan keluarga, tapi bila aku keseorangan aku akan jadi lain sangat sampai ada yang tak mempercayainya, rasanya tak perlu untuk diceritakan di sini.

Hopefully, after recovery aku akan update balik blog ni, lagipun tak lama lagi aku akan ada Convocation Day, so lebih baik cerita benda yang seronok dari cerita benda yang sedih kan.. Semoga korang semua sudi mendoakan kesihatan saya...


0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...