scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Monday, November 12, 2012

important to ME.....

29 OCTOBER 2012

Waktu yang sepatutnya aku takkan lupa, waktu SI DIA terima aku kembali untuk kali kedua sebagai peneman hidupnya dan sebagai kekasih hatinya, aku gembira sangat masa tue, almost 1 week aku cuba memujuknya supaya menerima aku kembali dan memberi aku peluang kedua, aku hampir mengalah tapi disaat itu dia terima aku.


30 OCTOBER 2012

We back to normal, always text, kemana sahaja pergi mesti beritahu, dan aku berjanji yang aku nak sangat jumpa dia sebelum aku balik semula ke Melaka. Aku cuba tetapkan tarikh untuk datang ke rumahnya iaitu 3 NOVEMBER 2012. Dia sanggup ambil cuti supaya dapat jumpa aku.


3 NOVEMBER 2012

Hari dimana aku sepatutnya datang rumah dia dan berjumpa dengan dia, tapi disebabkan aku tidak mempunyai kenderaan untuk pergi, so aku terpaksa batalkan semua, dan bermula dari hari ni kami jadi seperti orang asing, dia mula mengasingkan diri dari aku, aku rasa dia jauh sangat dari aku, mula -mula aku tak kesah sebab dia text aku, said "sorry, tak selalu mesej sebab dah terbiasa tak mesej dalam beberapa minggu ni". Aku terima, yang penting still boleh tahu dia pergi mana, sama ada sihat ke tidak.


12 NOVEMBER 2012  1.17am

Waktu aku tulis ni, dah masuk seminggu, aku tak pernah sekali pun terima call dari dia, setiap kali dia mesej, dia HANYA beritahu dia ada dekat mana, dan setiap kali aku cuba call dia, sangat susah dia nak angkat call, even dia pick up sekalipun, sepatah aku tanya sepatah jela die jawab. Dia memang dingin sangat dengan aku sekarang, aku rasa jauh sangat2 dengan dia sekarang.


Apa lagi salah aku sekarang ni, ataupun aku ni yang fikir bukan-bukan. Kalau aku fikir bukan-bukan, kenapa dia jadi lain sangat sekarang ni. Salah ke keputusan aku sekarang ni, or memang antara kami dah tak boleh nak bersama.
Aku cuba nak jadi yang terbaik untuk dia, aku faham sekarang ni waktu dia untuk tenangkan fikiran sebab dia bakal hadapi final exam, aku tahu course dia susah so aku akan cuba biarkan benda ni untuk sementara waktu.
Tapi aku tak suka dengan perasaan aku sekarang ni, banyak benda yang bermain dengan fikiran dan perasaan aku, sampai aku rasa aku patut mengalah dengan semua ni, aku patut biarkan hubungan ni setakat ini sahaja, tapi perasaan sayang aku dekat dia bukan senang nak dibuang begitu sahaja, aku susah untuk sayang seseorang dan bukan senang untuk aku lupakan seseorang yang pernah ada dalam hidup aku.
Aku sendiri dah tak tahu apa yang patut aku buat sekarang, cuma 1 je yang aku tahu, aku perlu jumpa dia, bagi aku masalah ni hanya boleh settle bila face-to-face.
Aku harapkan penyelesaian yang terbaik, dan sekiranya berpisah tu jalan terbaik, aku terima kali nie dengan redha tapi sekiranya aku masih boleh pertahankan hubungan ni lagi, aku akan cuba sebaiknya. I miss my sweet day everytime with him <3 <3 <3


0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...