scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Monday, April 8, 2013

Pilihan Sendiri atau Paksaan, Fikirkanlah...

8 April 2013
Hari ni merupakan hari jadi 2 kawan aku, Raja Al-Quranain & Izzati Aminuddin, alhamdulillah umurnya masih panjang, dan semoga Allaha memurahkan rezeki mereka di dunia dan di akhirat, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Setelah sekian lama, hari ni tetiba aku dapat idea untuk mengarang cerita, tapi sebelum tu aku nak minta maaf sekiranya apa yang aku tulis ni menyakitkan hati orang lain, ini tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal. Wajib cakap sebelum orang banned kita.

Sekarang ni aku masih lagi belajar, untuk Ijazah Sarjana Muda Kewangan ataupun popular dalam bahasa inggeris, Bachelor in Finance. Alhamdulillah, mungkin rezeki aku untuk sambung ke tahap yang lebih tinggi lagi, aku bukannlah salah seorang pelajar yang dapat naik pentas untuk Anugerah Dekan, nak naik pentas pun menggeletar. Nak dapatkan 3.0 ke atas pun macam naik tangga sampai ke puncak KL Tower,punya susah nak mencapai ke tahap tu, ada la 2x aku dapat,alhamdulillah, bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk rasa semua tu.

Aku bukannya nak cakap apa yang aku belajar sekarang, cuma aku terfikir sesuatu tentang kursus ataupun matapelajaran yang pihak pendidikan sediakan. Mungkin ada sesetengah yang tahu, tapi bagi yang tak tahu kursus yang disediakan di setiap kolej dan universiti sebenarnya ada lebih dari 100 jenis*tu kalau tambah setiap jenis la*,tapi kebanyakannya masih belum diiktiraf oleh pendidikan,so berhati-hati masa memilih kursus pembelajaran tu.

Aku nak keraskan pada beberapa kursus yang agak popular dikalangan para pelajar sekarang dan mungkin boleh membantu adik-adik yang sekarang ni tengah berfikir kursus apa nak sambung untuk peringkat universiti. Kebanyakan kursus yang agak popular sekarang macam

  1. Diploma in Accounting
  2. Diploma in Mass Communication
  3. Diploma in Computer Science
  4. Diploma in Business Management
  5. Diploma in Office Management
Tu untuk yang diploma, kalau nak tahu, setiap orang ada pandangan tersendiri untuk setiap kursus tu. Kenapa aku letak akauntan yang pertama, sebab yang paling utama, orang cakap sesiapa yang ambil kursus ni adalah orang yang kuat belajar, sentiasa pegang buku, kepala kira-kira, suka nombor dan lebih aktif. Pelik kan, padahal aku la salah seorang pelajar akauntan tu, tapi aku bukanlah seorang yang kuat belajar, cuma disebabkan pandangan yang diberikan orang ramai, maka pensyarah pun menganggap benda yang sama dan memberi harapan yang tinggi untuk kami supaya boleh dapat keputusan yang gempak.

Nampak tak tekanannya di situ, sesiapa yang rasa dia boleh dan suka dengan nombor dan kurang enjoy, bolehlah pilih kursus ni sebab memang sesuai untuk anda.

Yang kedua tu pula,mempunyai pandangan yang amat berbeza sekali dengan kursus yang pertama dan cara pembelajaran yang sangat berbeza. Sangat ketara, sebab cara pembelajaran mereka sangat happy-go-lucky. Mereka kurang tekanan, orang ramai menganggap kursus ni hanya untuk orang-orang yang banyak main, asyik fikir untuk enjoy. Mereka kurang tekanan dari pensyarah, mereka juga sangat senang untuk score sesuatu subjek, untuk dapat 3.0 ke atas adalah perkara yang mudah. Inilah pandangan orang ramai terhadap kursus ni. So untuk adik-adik yang rasa belajar sebab nak ada sijil diploma je, boleh sangat la pilih kursus ni,tapi jangan terlampau yakin sangat. Nanti aku akan sambung lagi sebab apa.


Yang ketiga tu kursus yang agak mencabar, ianya jatuh no 3 sebab ianya banyak bermain dengan software. Selalunya orang yang pilih kursus sebab bermain dengan PC, so taklah terlampau boring, daripada menghadap buku 24jam. Tapi mereka ni bagus, misal kata ada yang mengalami kerosakan pada laptop,mereka ni memang pandai nak baiki, so advantage untuk mereka,senang-senang boleh buat duit. Tak banyak pandangan dari orang ramai tentang kursus ni, sebab orang-orang dulu tak berapa tahu pasal kursus ni.

Untuk dua kursus yang terakhir selalunya untuk yang suka berniaga, pandai bercakap di hadapan orang ramai, pandai memasarkan sesuatu produk. Selalunya banyak ibu bapa yang suruh kita ambil kursus ni, mereka kata nanti da habis belajar boleh buat bisnes sendiri. Tengok,ibu bapa kita anggap subjek-subjek yang kitaa belajar cuma untuk buat bisnes je,padahal mereka tak tahu yang memulakan sesuatu bisnes memerlukan banyak perkara penting. Tak apa,kita lupakan pasal pandangan ibu bapa kita, yang penting mereka masih lagi menganggap kursus ni adalah one of the best choice.

Ok, untuk adik-adik yang nak sambung belajar tu, sebagai seorang kakak, saranan akak jangan sesekali pilih no.2 sebagai pilihan pertama, buatlah ianya sebagai pilihan terakhir. Nak tahu kenapa akak cakap macam tu, MASCOM adalah kursus yang paling susah untuk dapat kerja, industri kurang memandang mereka melainkan mereka cantik,tinggi,kurus,sebab apa, sebab mereka boleh jadi model,ataupun artis, tapi itu ke sebab anda belajar, fikirkan la balik ye.

Minta maaf bagi yang memang sekarang tengah belajar MASCOM, bukan nak pandang rendah, cuma perkara ni memang jadi depan mata aku, industri luar banyak memilih pada 3 ciri utama yang aku cakap tadi, kalau anda tiada semua tu, minta maaf la, nak pandang sebelah mata pun susah. Memang agak kuat diskriminasi di situ, tapi itulah yang sedang berlaku di dunia luar.

Cakap panjang-panjang pun orang tak suka, betul tak, so berfikir dulu sebelum buat keputusan apa-apa, jangan membelakangkan ibu bapa anda, cuba tanya orang yang dah berpengalaman,tapi jangan tanya seorang, tanya dari setiap jenis orang.

Thank you for reading this...

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...