scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Friday, May 17, 2013

Siapa Mereka Nie???

Hye semua....

Kalau dulu aku memang rajin nak mengarang ayat dekat blog ni, tapi sekarang kemalasan melampau, sampai  takde idea nak tulis, tapi hari nie aku nak tulis sesuatu pasal sesetengah orang ni, mereka selalu sangat berlegar di fikiran aku *ayat boom sikit*, mereka ni ada buat salah dengan aku kot. Aku akan beritahu siapa orang tu.

Yang pertama, mula-mula aku tak kenal pun dia ni, aku ingatkan dia ni sombong, tapi dia ni cantik orangnya,*kalau dia baca,mesti bangga*,pada mulanya aku hanya berkawan biasa je dengan dia, sebab dulu dia rapat dengan kawan aku yang lagi satu, lepas tu, kawan punya kawan, kami jadi rapat pula,sampai kawan yang lain rasa tersisih. Nak buat macam mana, cara pemikiran dan perangai dia klon aku balik, sibuk kan dia ni, tapi bagus, aku tak rasa kekok dengan dia. Dia ni bising dalam senyap, kalau depan kawan-kawan yang dia dah rapat, mulut dia lagi bising, kerja dia nak game orang je,dan aku ni mangsa dia yang utama. Kalau nak cerita pasal dia, rasanya satu entri ni pun tak habis, yang penting aku tahu,aku takkan jumpa klon dia ni, rindu nak dengar dia game aku setiap hari dan nak tengok dia merajuk dan marah, dia marah comel je,kalau dia marah aku susah nak takut tapi banyak ketawa sebab apa pun tak tahulah..hehehe

Aku cakap lebih,gambar tak letak, mesti tertanya-tanya siapa kan orangnya................

Intan Nur Zayyani
FB : of course la rahsia,nanti aku kena bunuh dgn dia plak
Status : Single kot,die ni rahsia kuat
Asal : Lipis,Pahang
ni la orangnya..don't judge book by it's cover, boleh guna kat kawan akau ni, dia ni unpredictable punya orang, kadang-kadang tu selalu sangat kenakan orang, sampai satu masa dia cakap serius pun aku susah nak percaya...hahahaha

Selain dari Intan ni, ada lagi yang lain, yang ni aku kenal memang banyak mulut, sibuk nak sama dengan aku kan.. Dia ni, kerjanya berniaga je, aku la mangsa kena beli barang-barang dia, stress aku..hehehe, tapi dah tu hobi dia, terima la,asalkan dia bahagia. Dia ni pun putih juga, kalau aku pukul sikit,merah je badan dia, satu lagi perangai dia ni, kuat menjerit,pastu penakut, badan je sama saiz dengan aku, tapi hati kecil, kalah Intan yang memang kurus tu.hehehe.. Ni pun satu hal, kuat marah, pastu paling degil nak pergi kelas, aku la kena jadi mak dia dekat rumah sewa, kalau aku tak membebel, jangan harap nak bergerak. Satu lagi hobi dia,suka memasak tapi bukan lauk la,buat cake ke,cupcake ke, aku dan kawan-kawan lain jadi juri,kalau tak sedap ke sedap ke,aku bedal je janji makan free..hehehe

Orang yang selalu kena bebel dangan aku......................................ini dia

Nurulizzati (anje)
FB : banyak nama fb dia,aku pun tak ingat..hehe
Status : kalah Intan,dia da BERPUNYA
Asal : Petaling Jaya(xjauh pun)
yang ni boleh judge by cover, sebab dia ni senang sangat nak baca, cara dia nak menipu aku pun tak pandai, dia balik kena game dengan aku..hehehehe

Seterusnya, kembar kepada anje ni, tapi kembar pada nama jela. Yang ni,lagi teruk, siap ada rak novel sendiri,dan novel tu semua dia beli sendiri, mana minta duit parents, betapa gilanya kawan aku ni. Jangan salah faham ye,gila dari sudut yang positif, dia boleh habiskan satu novel dalam masa beberapa jam je, tapi yang tak bestnya, dia akan baring seorang diri dalam bilik, kalau dikacau kita balik kena marah, dia ni tak padan badan kecil, garang, kalah aku, aku pun takut juga dengan dia ni..hehehe. Dia ni jenis yang senang nak bangun tidur, aku buka pintu bilik, kalau bunyi pintu tu, terus dia buka mata, so tu cara aku kejut dia, takde la seteruk nak kejut Intan n Anje..hehehe, dia ni gila korea, kadang-kadang stress aku, dia, Intan dengan seorang lagi kawan aku*nanti aku cerita*, kalau duduk bersama, topik mereka yang utama, lelaki korea handsome dengan lagu baru korea, kalau menyampuk sure kena marah..hehehe

Kawan aku ni kecil je,comel,kiut miut orangnya...hahaha

Nurul Izzati Aminuddin
FB : Smiley Zatie (mne blh bg link,bahaya)
Status : single lagi habak ang
Asal : Lipis, Pahang
Yang terakhir sekali, sama negeri dengan aku, dan dia ni paling senyap, tapi dengan kawan-kawan lain, dengan aku jangan harap nak senyap, aku memang kacau dia. Dia ni la salah seorang peminat tegar korea, naik pening aku dengar mereka ni cakap pasal korea. Dia ni kalau cakap pelat kedah sikit, so aku ni apa lagi, da ikut perangai Intan, aku suka la game bahasa dia, seronok tapi kesian la sebab dia asyik kena dengan aku. Tapi dia ni hati kecil, cepat merajuk juga, macam Anje, memang patut la mereka rapat. Tapi dia ni kalau nak kongsi rahsia mesti dengan Intan,stress aku,sebab taknak share dengan aku..hehehe. Dian ni jenis yang suka nasihat, so insaf sikit la kalau dia nasihat, dan dia ni kawan kuat makan si Anje, kalau beli makanan banyak-banyak, dah tahu dah siapa. Tapi aku sedih sebab tak dapat nak stay lama dengan dia, sebab dia berhenti awal, aku rindu dekat dia..

Ni la kawan yang aku rindu nak jumpa sangat....

Nurul Nazrina Abd Wahab
FB : nama dia sendiri
Status : aku pun tak tahu,da lama xcontact
Asal : Taiping Perak
Walaupun aku kenal mereka ni masa diploma, masa yang singkat, tapi aku rasa kami ada connection yang kuat, sampai sekarang aku masih tak boleh terima kena berpisah dengan mereka, keluarga kami pun dah kenal kawan masing-masing. 

Aku doakan mereka sentiasa berjaya dan sentiasa gembira, tipu kalau aku cakap aku tak rindu mereka, setiap kali ada masalah, merekalah orang-orang yang sentiasa berlegar di kepala, aku harap mereka ada sebalah aku untuk dengar keluhan aku.

video

video ni aku tak buat, tapi ini la doa aku untuk korang semua, kalau Allah izinkan, aku nak kerja dekat tempat yang senang nak jumpa korang, senang nak berkumpul, dan aku harap korang tak lupa kawan korang yang selalu kacau,membebel dengan korang ni.. 

I LOVE U ALL... I MISS U ALL.... 

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...