scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Sunday, June 7, 2015

Jodoh Ketentuan Allah...

Ya Allah, sesungguhnya dugaan yang kau berikan berat untuk aku tempuh. Namun, aku tahu ada hikmah di sebalik semua yang Engkau tentukan. Aku redha dan aku akan tetap berusaha untuk ke arah yang lebih baik.

Setiap hari,setiap masa perkara sama yang akan keluar dari mulut kami, tanya pasal ikatan yang halal, tapi semuanya terhenti bila diselitkan sekali dengan perkataan "duit". Kenapa benda ni jadi penghalang untuk semua perkara. Bukan duit yang tentukan arah hidup kita, buka duit yang tentukan amalan kita, bukan duit yang diperlukan untuk masuk ke syurga, tapi kenapa ia yang menjadi perkara utama dalam hidup kita sekarang.

Sebab duit, kita jadi rendah diri, sebab duit kita jadi cepat mengalah cepat berputus asa, kerana duit kita bertelagah, kerana duit hubungan saudara boleh putus, kuatnya penangan sehelai kertas berwarna. Kerana duit jugalah aku dan Raja Al Quranain masih serabut memikirkan tentang hubungan kami ke peringkat seterusnya.

Kalau nak diikutkan, aku dah tak peduli tentang kenduri kendara, hantaran bagai, bagi aku cukup la sekadar nikah, hantaran yang wajib sahaja, yang penting kami dah halal, tapi...........sekarang semua lebih kepada adat,dan bila adat dilebihkan maka duitnya jadi lebih,hantaran yang pada wajibnya sekadar cincin emas,bertambah menjadi barang2 perhiasan diri,mas kahwin yang mengikut kemampuan si lelaki, berubah mengikut ketetapan negeri, tunang dan merisik,dulunya hanyalah tunang untuk memberitahu bahawa si perempuan telah disunting,jadi orang lain tidak boleh menyuntingnya lagi, tidak perlu kenduri kendara, tapi sekarang kenduri bertunang mengalahkan kenduri kahwin, siap berpelamin bagai. SubhanALLAH, mana pergi perkara yang sebenarnya diwajibkan, kenapa perlu ditambah sehingga begini.

Tidak hairanlah banyak yang buat anak luar nikah, kahwin di negara luar,kahwin berwalikan hakim sahaja, kenapa..........
Wahai ibu bapa tepuk dada tanya selera, memang inginkan yang terbaik untuk anak-anak tapi setiap perkara ada batasnya, janganlah sampai memberatkan sesuatu perkara yang baik.

Raja Al'Quranain Shah, in sha Allah selagi saya masih bernyawa, saya akan tetap tunggu awak menjadi imam saya yang sah, saya akan tetap tunggu awak mengangkat akad dengan nama saya. Saya sentiasa mendoakan supaya rezeki awak sentiasa dipermudahkan dan diperluaskan. In sha Allah, hanya awak yang saya tunggu, semoga Allah sentiasa kekalkan rasa sayang saya kepada sehingga akhir hayat saya. Saya cinta dan sayang awak kerana Allah, saya harap supaya Allah permudahkan segala urusan kita, semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki kita..

Semoga segalanya selesai dengan segera....permudahkanlah segala urusan kami ya Allahi

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...