scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Sunday, September 30, 2012

Boring........................

Hari ini masuk 20 hari aku berada di negeri orang iaitu Melaka bandar bersejarah. Aku terpaksa menapak di negeri nie untuk menyambung ijazah aku walaupun dikatakan murtad accounting, sebabnya ijazah ni aku sambung finance, atau nama penuhnya PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEWANGAN), maksud lain aku telah bertukar department/fakulti perakaunan kepada fakulti bisnes. Perkataan kepujian tue memang wajib letak,katanya la, aku pun tak pasti atas sebab apa.


        Aku pernah jejakkan kaki di negeri Melaka,tapi masa tue umur aku baru berapa tahun,kalau tak silap masa di sekolah rendah, aku ni pelupa so tak berapa nak ingat darjah berapa, tak penting pun untuk korang.(ok,lepas ni mesti ada yang kata "so annoying"). Tapi yang dulu tue la aku still ingat lagi bandar nie sampai sekarang, sampai la aku rasa bandar ni agak membosankan.(orang melaka yang baca ni mesti bengang dengan aku).

        Ada sebab kenapa aku kata Melaka bandar yang membosankan,bukan suka-suka aku nak mengutuk negeri orang,tapi aku ada bukti untuk apa yang aku katakan.

1. Aku dapat UiTM Bandaraya Melaka,means kampus area bandar,so mesti korang fahamkan kalau dah dapat area bandar tue apa maksudnya.
2. Aku dah hafal terus laluan Melaka,start dari tol Ayer Keroh,sampai la ke pusat bandar + Bandar Hilir yang katanya ramai pelancong tue.
3. Banyak sangat muzium,aku orang yang paling tak suka sejarah,tapi dipaksa kawan-kawan melawat muzium yang bagi aku membosankan gila.
4. Terlampau banyak traffic light,xsampai 1km, dah kena berhenti,tapi pemandu-pemandu Melaka(pakai plat M) tetap keluar masuk jalan sesuka hati tanpa signal(nyaris aku tak langgar salah sebuah kereta tue,gara-gara lambat bagi signal,dan no plat kereta tue huruf M ok)
5. Aku memang BOSAN, tak kata lain dah.

        Baru lima bukti,nanti aku bagi banyak for sure akan kena maki dengan orang Melaka,so aku terpaksa tahankan saja keBOSANan aku nie. Tapi don't worry orang Melaka, ada yang aku suka juga dengan negeri anda ini, aku suka benda masam,dan Melaka ni famous dengan ASAM PEDAS, yeah!! memang terbaik punya asam pedas, dan aku belum menapak lagi sampai area Alor Gajah,tapi jangan risau,aku akan hafal jalan Melaka ni sebelum habis tahun 2012,percayalah!!!!

thank you for reading....

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...