scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Sunday, September 30, 2012

sambung degree!!!!!

Alhamdulillah.........
perkataan pertama yang sepatutnya keluar dari mulut aku bila rayuan aku untuk sambung degree di UiTM diterima, tapi hati aku tak dapat nak terima aku sendiri tak tahu kenapa..

Sebelum berceloteh lebih-lebih, aku nak story sikit aku dapat tawaran Ijazah Pentadbiran Perniagaan(Kepujian)(Kewangan) di UiTM Kampus Bandaraya Melaka(aku bold bersebab). Sebelum nie aku ambil Diploma Perakaunan di franchise UiTM iaitu di College Poly-Tech Mara Kuala Lumpur, nampak tak perbezaannya di situ, diploma banyak mengira, masuk degree membaca la aku(benda paling menyampah untuk aku).


Aku kurang berharap sebenarnya untuk dapat sambung degree nie sebab mak pada mulanya da beritahu awal-awal supaya tak perlu sambung degree,tapi hatiku kuat lagi untuk menuntut ilmu sebab keinginan aku bila aku da habis belajar,gaji tue aku nak bagi pada mak/belanja apa-apa untuk mak,aku nak tengok mak berbangga dengan aku. So bila aku dapat tahu aku dapat tawaran tue, aku dah risau sangat, adakah aku akan sakitkan hati mak aku bila beritahu pasal berita nie.

Yup!!!sangkaan aku betul, mak kurang gembira bila dengar aku dapat tawaran sambung degree nie, tapi aku tetap pujuk mak aku dengan menyatakan aku sambung tak mengambil masa yang lama, tapi memang betul pun,aku tak perlu menapak di negeri orang lama-lama, hanya 2 TAHUN SETENGAH,(tetap lama juga tue..huhuhu). Akhirnya mak aku restu dan setuju dengan keputusan aku, dan akhirnya aku pun menyibukkan diri untuk menyelesaikan semua yang diperlukan sebelum daftar, dan sangat menyakitkan hati, aku kena selesaikan semuanya dalam masa seminggu, orang UiTM nie memang ingat aku ni robot kot,tak perlu tidur,makan mandi semua, aku da jadi macam orang gila kesana kesini selesaikan semua,banyak duit aku habis,geram gila.

Dah settle semua,akhirnya mendaftar la aku di kampus Melaka nie,dan Alhamdulillah sekali lagi sebab teman sekolej aku pun dapat,so aku tak keseorangan di bandar yang BORING nie. So start la hidup aku sebagai pelajar degree di Melaka yang jauh gila dari negeri aku,nak balik kampung kena fikir 2 3 kali.

Cerita panjang-panjang pun tak guna rasanya, start dari atas aku tak menunjukkan yang aku suka tinggal di sini,itupun kalau korang perasan la, aku memaksa diri ini untuk merelakan semuanya semata-semata menyambung pelajaran,kalau tak jangan harap aku nak pilih area sini.

Minta maaf dulu kepada semua orang Melaka,ni luahan hati saya,kalau kurang suka,boleh keluar terus dari blog ni,xdihalang pun.

thank you for reading...

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...