scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Wednesday, January 23, 2013

No More Love Story

Sejak online guna handphone ni, jarang sekali aku nak buka laptop ni, lagipun dengan masalah charger yang dah tahap bengong, nak beli duit pun takde, so handphone la tempat aku meluah kasiih..huhuhuu

Dah habis semester pertama aku di peringkat ijazah, walaupun hakikatnya aku dah lepas dua semester. Sepanjang aku di UiTM Bandaraya Melaka, banyak perkara yang berlaku, pahit manis, suka duka semua berlaku selama beberapa bulan ini. Malam ni aku nak cerita apa-apa yang berlaku sepanjang aku belajar sehingga sekarang.

Aku masuk semester dengan kenangan pahit, aku putus cinta dengan sekelip mata, padahal SI DIA pernah janji takkan sesekali tinggalkan aku, tak sanggup tunggu aku lama lagi, daah penat tunggu sampai 4 tahun. Tapi sekarang aku dah faham, aku tidak boleh terlampau percaya janji-janji itu semua,  bagi aku itu hanyalah janji manis LELAKI untuk mendapatkan sesuatu dan setelah dapat, dengan senang hati ditinggalkan.

ihsan google..

Oleh itu aku telah berjanji dengan diri aku, aku takkan sesekali bercinta masa belajar, aku taknak perkara lama berulang kembali, aku taknak rasa tertekan semasa belajar seperti diploma dahulu. Aku cuba lari dari lelaki yang cuba untuk lebih sekadar kawan, aku dah buang perkataan CINTA dalam kamus hidup aku untuk sementara waktu.

Alhamdulillah, sehingga bermula minggu belajar sebelum sampai peperiksaan akhir semester, ada seseorang datang untuk berkenalan dengan aku, tapi aku ni bukannye kejam, aku terima sebagai kawan. Pada mulanya aku ingat dia bujang tapi sebenarnya duda anak dua!!!!

Aku minta maaf, aku memang tak boleh berkawan dengan dia, bukan apa, aku taknak dia ada niat lebih dari sekadar kawan, aku tak sanggup, aku taknak kecewakan mak aku. So aku terpaksa putuskan hubungan aku dengan dia begitu sahaja, namun itu sahaja cara yang aku ada supaya dia tidak datang mencari aku lagi.

Selepas aku berkenalan dengan pakcik kepada kawan baik merangkap kawan rumah sewa aku masa diploma,aku akan ceritakan kisah perkenalan kami pada post selepas ini, still about friends, aku cuma mencari teman dikala sunyi yang boleh menggembirakan aku, boleh buat aku lupa semua kenangan pahit aku, dan alhamdulillah dia boleh menggembirakan aku, tapi kadang-kadang aku takut muncul perasaan lain pada dia, jadi aku cuba untuk tidak terlalu rapat dengan dia, aku harap kami tak lebih sekadar kawan, aku pun taknak rosakkan kepercayaan BFF aku.

Sekarang aku terasa kosong sangat, walau banyak mana kawan disisi, teman rapat bertambah, tapi bukan itu yang aku perlukan, walau beribu lelaki pun yang datang namum hati aku tidak pernah rasa gembira, aku rasa macam jauh sangat diri aku dengan Allah, sekarang aku tengah berusaha untuk kembali mendekatkan diri dengan DIA, hanya DIA yang boleh bantu aku, memang dulu aku jahat, sangat jahat sehingga aku rasa aku dah terpesong sangat dengan Allah, tapi alhamdulillah, makin lama aku makin sedar dengan dosa aku yang dulu.

goggle again

Sekarang love story aku hanyalah dengan Allah yang satu, aku cuba untuk bertahan sehingga habis degree tanpa beri cinta aku kepada sesiapa. Biarlah ramai mana pun yang datang, biarlah bersembang selama mana pun, selalu contact each other, tapi aku tetap dengan pendirian aku, minta maaf kalau sekiranya aku akan mengecewakan hati ramai orang.

Inilah kisah aku untuk sementara waktu ini..


thank you for reading this...

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...