scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Saturday, October 26, 2013

my first time ever

hye bloggers...

Lama juga tak update blog ni, bila rasa nak menaip barulah buka blog ni, kadang-kadang tu tak kisah sangat pasal blog ni. Blog sendiri, update sendiri, so peduli apa kan, bukannya ada orang nak marah pun, ikut suka diri sendiri...hehehe

Tak payah nak celoteh banyak sangat, petang-petang ni nak share pasal apa yang berlaku masa cuti midterm minggu lepas, orang lain seronok bercuti seminggu ++ tapi aku ni cuti sekadar memenatkan badan, pergi sana sini, sibuk memanjang, mengalahkan perdana menteri pun ada.

Hari selasa raya haji tapi isnin aku terpaksa patah balik melaka, kena pergi hospital melaka sebab ada date dengan doktor gigi dan doktor bius, letih gila, gerak dari KL pukul 7 pagi, sampai hospital dlm 15mnt before pukul 9 pagi, sangat on time, sebab jumpa doktor pukul 9. Settle semua dengan doktor-doktor yang ada dekat hospital tu, terus gerak balik KL semula, drive alone ok, sangat membosankan dan memenatkan.

Masa jumpa doktor tu dah confirm aku kena masuk wad hari jumaat, sabtu terus operation...what? mesti ramai pelik kenapa lepas jumpa doktor gigi kena operation pula. Ceritanya aku ni nak buang gigi bongsu/graham yang tersenget dalam gusi ni, gigi tu almost kena urat saraf so tak boleh biarkan sebab banyak benda boleh jadi nanti, tapi kalau ikutkan ada 2 pilihan, sama ada cabut terus tanpa bius or cabut dengan bius tidur, disebabkan aku ni sangat penakut sebab dah bertahun-tahun tak cabut gigi, aku minta bius tidur sebab nak cabut gigi bongsu bukan senang, banyak benda kena, aku ni memang tak suka benda yang berkaitan mulut, tak suka orang sentuh mulut, so dari sedar orang buat merepek-merepek dekat mulut aku, lebih baik tak sedar so tak kisah nak buat apa pun.

Akhirnya jumaat petang tu masuk la wad, sendiri je pergi,daftar sendiri, takde sesiapapun teman, berdikari sungguh sebab terpaksa, lepas tu terus la nurse datang masukkan branula kt tangan, tempat yang paling tak strategik, sampai sekarang tangan aku bengkak sebab nurse tu cucuk ikut suka


Aku tak faham kenapa nurse tu boleh nampak salur darah dekat area tu, padahal banyak lagi area lain, disebabkan tu aku susah nak gerakkan tangan, tangan mula rasa tak selesa. Pedulikan pasal branula, malam tu aku punya la bosan,kiri dinding, kanan mak cik india yang baru bedah mulut, nak sembang dengan sesiapa pun tak tahu. Tak lama lepas tu nurse datang suruh puasa start pukul 12mlm sampai la operation, normal procedure kalau operation.


Tak ingat pukul berapa tapi nurse datang start masukkan air, masa tu aku dah start susah nak tidur, kalau terlampau gerak keluar darah, so memang tidur dengan satu position je malam tu.

Esok paginya nurse dah hantar baju putih untuk masuk dewan bedah, bayangkanlah baju putih bertali dekat belakang, mencari la orang untuk tolong ikatkan. Lama juga tunggu turn untuk masuk dewan bedah, pukul 11 baru aku ditolak masuk dewan bedah, tapi belum start apa-apa lagi, aku dibiarkan dalam dewan tu dekat setengah jam sampai kul 12, barulah betul-betul masuk dewan bedah sebenar, nampak la keadaan dewan bedah, lampu yang famous tu nampak la depan mata..hahaha

Before start doktor check dulu, yang penting tangan aku, masa masukkan ubat tu pun dah start sakit, terus doktor cucuk kat bahagian lain pula, so dia terus masukkan ubat bius dan masa sama aku dah start pakai oxygen mask, akhirnya tak sedar sampai la pukul 3-4 aku baru tersedar tapi masih dalam keadaan mamai, aku terus muntah 2x, dan start rasa tak selesa dengan benda banyak-banyak dekat area mulut, aku rimas, rasanya aku perasan semua doktor bius tengok aku lain macam sebab dalam keadaan separuh sedar, aku buka oxygen mask sendiri, aku tarik kain dalam mulut, aku bergerak-gerak, tapi kalau tak buat macam tu mesti lagi lambat aku pergi wad, so tak sampai berapa minit aku sedar, mereka terus tukarkan aku dalam wad semula.

Masa tu aku asyik rasa nak tidur tapi dalam keadaan sakit, aku tidur tak lena, sampai dekat wad pun aku still tidur, doktor pula agak bengong, tanya pasal MC masa aku tengah mamai, aku main jawab je masa tu, lepas tu tidur balik sampai pukul 7 baru aku betul-betul sedar tapi masih tak kuat nak buat apa-apa, tapi gagahkan berjalan pergi mandi, lepas tu muntah darah lagi, means kali ketiga muntah.

Malam tu memang aku sedih sangat sebab masa tu la aku terasa sangat rindu dekat mak sampai menangis call mak tapi kena kuat sebab aku seorang diri. Ni pun macam panjang sangat cerita aku, so total up cerita aku keluar wad keesokkannya.


Inilah gigi yang dah dikeluarkan dari mulut aku, dan sekarang aku masih rasa benang dalam mulut, dan terasa lubang dalam mulut ni. Tapi bersyukur semua dah settle, so tak perlu nak fikir lagi pasal long term effect pasal graham ni.

SAKIT GIGI ADALAH SAKIT KEDUA YANG PALING SAKIT......


2 ORANG DOA AKU KURUS...:

Nurul Huda said...

Wahh byknye gigi.. Brp btg tu.. Sakit ke lps operate tu.. Takde ubt thn sakit ke

Nurul Huda said...

Wahh byknye gigi.. Brp btg tu.. Sakit ke lps operate tu.. Takde ubt thn sakit ke

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...