scroller


I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut yg senang dicari....follow jgn xfollow

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

sebelum scroll down,klik sini dulu tau....

Saturday, October 17, 2015

Tempoh Bersabar & Kuat

Setelah sekian lama tak update blog, terdetik nak update hari ni. Makin pendek waktu makin banyak benda yang jadi. Makin dekat waktu penting, makin bercampur baur hati ni.

Sejak kebelakangan ni banyak sangat benda yang tak menyenangkan hati, ada saja benda yang tak kena,sampai satu tahap rasa nak lari dari orang yang dikenali,sampai satu tahap rasa nak hilang dari pandangan orang yang disayangi. Pedih,perit,sedih,semua perasaan bercampur dalam satu, tapi masih kekal senyum,ketawa depan orang lain, mungkin betul apa yang proffesor cakap,orang yang banyak ketawa sebenarnya orang yang paling banyak masalah dan sedang pendam perasaan tanpa orang lain tahu.

That is me!!!

Makin banyak masalah yang datang, makin banyaklah aku memendam perasaan,makin bertambah la perasaan negatif dalam hati, makin banyak perkara negatif yang aku fikir. Kadang-kadang rasa macam aku menanggung semuanya seorang diri, tak siapa faham perasaan aku sekarang,tak siapa tahu masalah aku sekarang.

Perkara yang aku paling risau akan berulang semula seperti jadi balik. Aku terpaksa berjaga-jaga dalam percakapan aku sekarang, aku tak rasa aku boleh luahkan semua dekat dia. Aku kena bersabar,aku sendiri kena kuat,sentiasa positif,itu sahaja yang aku sentiasa cakap dengan diri sendiri sekarang.

Cukuplah dapat tengok senyum dia setiap pagi,dapat buat aku gembira, walaupun sebenarnya aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dia, mungkin aku saja yang rasa macam tu. Aku tak nampak dia senyum setiap pagi,tak nampak dia aktif macam selalu, aku je ke yang nampak macam tu,aku salah faham ke???

Ya Allah,ni ke dugaan kau nak bagi kepadaku,ni ke salah satu dugaan yang aku kena tempuh untuk betul-betul dapat halalkan hubungan ni, ni ke ujian untuk aku lebih bersabar dan setia. Kenapa aku rasa macam jauh dari semua orang yang aku sayang, walaupun jasad dekat tapi aku terasa hati jauh sangat dengan semua orang yang aku sayang.

Aku nak sangat rasa bahagia macam orang lain rasa,bilalah baru sampai masaku. Ya Allah,aku sentiasa berdoa supaya dipercepatkan masa untuk aku rasa semua tu sebelum ditarik nyawaku.

Biarlah aku pergi selepas dapat tunaikan tanggungjawab aku kepada orang - orang yang aku sayang, bagilah aku peluang untuk tengok orang yang aku sayang tersenyum dan gembira di depan aku. Ya Allah,berikanlah aku ketenangan supaya aku boleh senyum depan semua orang, supaya aku boleh bertahan depan semua orang penting dalam hidup aku.

Semoga tidak ada benda buruk terjadi dalam tempoh terdekat ni, berilah aku peluang untuk merasa bahagia disamping orang yang aku sayang. Ya Allah, panjangkanlah jodohku dengan Raja Al'Quranain Shah, teguhkanlah hubungan kami dalam rahmatmu,restuilah hubungan kami sampai syurga..

Amin Ya Rabbal Alamin..

0 ORANG DOA AKU KURUS...:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...